بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

is reading :)

Ini kisah fasa terasa nak jadi baik

Assalamualaikum,
Mohon baca entry dengan nada yang betul.
Nada lembut dan yakin. Ehem
Bismillah…

Agak-agak ada tak dalam dunia ni yang mengaku diri dia jahat?
Dengan rela hatinya mengaku “sebenarnya salah apa yang aku buat ni”,
 “aku tau yang salahnya aku ni, perangai aku” bla bla bla..

Ada.
Tapi celah gigi je.

Yang banyak mengaku selepas terkantoi ataupun dikantoikan sampai takde cara nak defense diri.

Ya.
Aku mengaku dulu itu semua fasa-fasa yang aku lalu sepanjang umur meningkat.  

Ada tak orang mengaku diri dia baik?
Hahahhahahahahahaha mestila ramai paling obvious sekali aku la sampai muntah hijau manusia2 hadap perangai ni. Kahkah

Cakap kat sini sapa je yang tak mengaku diri baik?
Pembunuh pun rasa diri dia baik.
Perompak
Pencuri
Penipu
Tukang tabor fitnah, dah jaja sana sini rasa tak bersalah langsung
Tabor tu rasa ejaan abah2 sgt
Tukang kayu
Doktor gigi
Doktor yg tolong pengguguran haram
Penzina, lepas buat zina dia rasa diri dia bagus gila haha
Ayah Pon (bukan nama sebenar) kalau dia tak fikir dia tu baik buat apa dia abiskan ribu-ribu bina markas semata untuk pengikut dia?
Semua ni rasa diri depa baguih.

Maya
Qama
Maya Tan
Kama Ismail
Imim
Buntat
Lanun
Yg ni sampai la ni dok kata dia baguih. Hmm Hmm

“Aku nak berubah”
“Aku bakal berubah”
“Aku tekad, kali ni aku berubah betul-betul, tak separuh jalan”

Semua orang pernah lalui fasa ni,
Aku panggil fasa terasa nak jadi baik.

Fasa yang sangat bagus sebab kat sinilah walau sejahat mana pun diri kita, seteruk mana pun diri kita, bila terdetik nak jadi baik, nak berubah ke arah kebaikan, sudah bermakna iman kita masih boleh diselamatkan. Oleh siapa? Jawapannya mudah ; diri sendiri.

Mudahnya berubah tapi yang jenuhnya bukan pada perubahan.
Tetapi pada istiqamah.

Berapa kali diri ni cuba berubah? Dan berapa kali diri ni kembali kearah jahiliyah? Orang rumah ckp panaih tu sat ja. Tepuk dada tanyalah sejarah diri.

Sebab jihad sebenar bermula bila kita nak istiqamah.
Ingat lagi ustaz tanya apa jihad paling besar?
Kita jawab jihad kat medan perang. Tepuk dahi tu satgi kot.
Jawapannya jihad melawan nafsu.

Hampa semua,
Nak tinggal benda yang jadi makanan kita, habit kita, gaya hidup kita untuk ubah ke satu fasa yang lebih baik, tak mudah. Sungguh.

Macam perokok tegar
Macam orang yang sangat suka minum kopi
Mudah tak nak suruh depa berhenti?
Tak mudah.
Sama konsepnya kat sini.

Perempuan nak jadi baik,
Contoh paling simple tp perlukan concern,
Dah terbiasa pos gambar2 kat fb, korang kena faham ada orang sangat2 sukakan benda tu sampai kalau tak dpat pos satu gambar sehari kat fb, insta, n mcm2 lgi laman social, dia rasa hidup tak sempurna.

Lelaki nak jadi baik,
Ada geng melepak campur laki prempuan, dah rapat macam family, tak la over social tapi gurau bertepuk-tampar, buat kerja tak masuk dek akal gila2 dulu sama-sama tak letak solat sebagai yg utama.

Nampak mudah je nak tinggal, tapi sebenarnya time ni lah yg menguji.
Kawan perli, sindir, bahan.
Yelah, lepak sama-sama dah lama mmg tau jenis solat tak solat, kalau solat pun cap celup je then tiba2 nampak perubahan
“dah baik dah dia sekarang,cayalah!!”
“alhamdulillahhhh uztazzzzzzz”
Ya, sekadar gurauan tapi perasaan si penerima tengah diuji hebat sekali.
Macam-macam rasa ada.
Rasa segan,
Rasa nak back to normal sbb kena bahan.
Itu belum lagi haters yang perasan dia tengah berubah.
Diuji pulak dengan kisah-kisah silam diungkit
Allahhu.

Cukuplah satu situasi sekadar contoh.
Sebenarnya, motivasi tu sangat penting.
Tak percaya?
Bila seorang yg solat keluar melepak dengan geng yang tak solat boleh mendorong dia kearah tak solat sebab dia seketul je minority kat situ takde sape geng ajak stop kejap then pegi solat *kes iman tak bape nk kuat la

Bila seorang yg tak jaga solat keluar melepak dengan geng yang jaga solat, boleh mendorong dia kearah solat. Sebab dah tentu bila masuk waktu solat, majoriti geng dia ajak stop dulu pegi solat, agak-agak dia seketul ja tak rasa malu nak kata taknak?

Kau cuba pegi dengar talk MLM, ala yang kena invest cari kaki sana sini tu. Masuk dewan kau menyumpah tak suka, keluar dewan kau berkobar-kobar nak invest. Jadi gedik dik dik ni nak pegi cari bank nak jadi ahli.

Sebab apa? Sebab motivasi.
Sama ada motivasi positif atau motivasi negatif.
We choose.

Wahai rakan,
Wahai teman,

Bijaklah memilih kawan. Cari kawan yang mampu mengingatkan kita kearah kebaikan.Cari kawan yang membantu kita dalam perubahan.

Wahai rakan,
Wahai teman.

Jika ada diantara kamu yang mahu berubah dan kamu masih tidak boleh menerima perubahan dia hingga timbul perasaan tak suka, benci, kau katalah dia, kau cercalah dia kau jajalah masa silam dia dengan perasaan busuk kau itu.
Namun, jangan cuba halang usaha dia.

Wahai rakan,
Wahai teman,

Mengertilah kamu bahawa setiap perubahan perlukan pengorbanan. Janganlah bersedih. Bersabar, tak mudah untuk teruskan bersabar dan sebab itulah ganjaran orang yang bersabar tu sangat besar.  Percaya pada Allah, satu hari nanti pengorbanan kamu akan terjawab, kesakitan kamu akan sembuh. Saat itu, tersenyumlah kita kerana kemanisan. Dari Dia.

Semoga awak, saya, mereka, dia, kita dan semua berjaya dalam istiqamah diri. 
InsyaAllah,Amin


Keep calm.
Because Allah is always with us.
Have a faith.
May Allah protect our iman.

Wallahu’alam,assalamualaikum w.b.t.

0 comments:

 

Template by Best Web Hosting