بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

is reading :)

Pain vs Gain

Nak melangkah dari satu fasa ke fasa yang baru. Tak semudah kita membesar yang sudah tentu dari bayi yang akan membesar jadi kanak-kanak, menjadi remaja, dewasa dan tua. Membesar tanpa gagal.

Kerana fasa yang aku cuba sampaikan ini adalah fasa yang melibatkan rasa.
Pendek kata, nafsu kita.

Isu dalaman yang tidak boleh kita nampak, tidak tahu apa bentuknya apatah lagi untuk kita sentuh menggunakan tangan mahupun rasa menggunakan lidah. Pancaindera.
Ya, ada satu cara,
Kita boleh rasa,
Hati.

Pernah tak tertanya,
Macam mana nak kawal rasa bila benda dah biasa,
Macam mana nak lagak biasa bila hati tengah bermacam rasa.
Macam mana nak buang resah sedangkan tahu semua ini Dia jaga.



Mungkin akan ada yang berkata, segalanya dah ditentukan Dia.
Tepuk bahu sendiri, sampaikan pada hati,
Alasan bertahan sementara,
Menangislah sepuas mana.
Tapi ini kisah jika tiada usaha dari kita, kita takkan dapat rasa apa yang dah ditentukan. Oleh Dia.



Gamble this pain
For something that I will gain
-Halawatul Iman.





0 comments:

 

Template by Best Web Hosting