بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

is reading :)

Pain vs Gain

Nak melangkah dari satu fasa ke fasa yang baru. Tak semudah kita membesar yang sudah tentu dari bayi yang akan membesar jadi kanak-kanak, menjadi remaja, dewasa dan tua. Membesar tanpa gagal.

Kerana fasa yang aku cuba sampaikan ini adalah fasa yang melibatkan rasa.
Pendek kata, nafsu kita.

Isu dalaman yang tidak boleh kita nampak, tidak tahu apa bentuknya apatah lagi untuk kita sentuh menggunakan tangan mahupun rasa menggunakan lidah. Pancaindera.
Ya, ada satu cara,
Kita boleh rasa,
Hati.

Pernah tak tertanya,
Macam mana nak kawal rasa bila benda dah biasa,
Macam mana nak lagak biasa bila hati tengah bermacam rasa.
Macam mana nak buang resah sedangkan tahu semua ini Dia jaga.



Mungkin akan ada yang berkata, segalanya dah ditentukan Dia.
Tepuk bahu sendiri, sampaikan pada hati,
Alasan bertahan sementara,
Menangislah sepuas mana.
Tapi ini kisah jika tiada usaha dari kita, kita takkan dapat rasa apa yang dah ditentukan. Oleh Dia.



Gamble this pain
For something that I will gain
-Halawatul Iman.





Jamahan vs Realiti

Hidup mana je yang semuanya manis sampai ke sudah?
Hidup siapa je yang langsung takde kesusahan dari dulu sampai sekarang?
Takde.
Ye betullah tu. Takkan ade.
Orang yang perangai jahat sejahat-jahatnya dimata kita pun akan ada kesusahan dan kegembiraan dalam hidup dia.
Sama jugak dengan orang yang baik sebaiknya pun. Akan ada manis dan pahit dalam hidup.



Tak nice la kalau bila kita tengok orang tu buat benda yang tak sepatutnya (most of it kita tengok yang tak ikut Islam punya guide la), terus kita assume dia jahat, dia dapat dosa, dia jahil.
Ye mungkin la secara kasarnya memang dia deducted mark dia kat situ,
Tapi tak semestinya dia ahli neraka. Siapa kita sewenangnya nak kata?

Dalam masa yang sama,
Jangan ingat kita ni kononnya dah baik,dah molek, dah elok,
Kiranya kita ni kompem dapat pahala?
Kaya sangat
Segak sangat
Bijak sangat
Baik sangat
Kalau kita sendiri tak pandai handle
Jadi
Riak sangat
Leka sangat
So, Syurga sangat ke kita? Pasti? Think twice.

Bermacam-macam ragam,
Bermacam-macam status facebook dan twitter. Mengikut tarikh, trend dan gaya barangkali.

Seperti contohnya,
Memboikot McDonald, “saya memboikot mcD jika makan ternampak sos macam darah shahid umat islam disana, boikot!”
Bulan habis trend, dah boleh makan mcD balik dah.

Sama-sama menghitung Ramadhan, “Rindunya aku akan Ramadhan”
Tapi sebenarnya bagaimana perasaan rindu Ramadhan. Bila Ramadhan apa yang dirindu? Ibadah atau bazaarnya cuma?

Salam Rejab, “Moga kita penuhkan buku baru kita dengan kebaikan yang berganda”
Esoknya jalani hari seperti biasa. Tiada usaha sepertimana status kita.

Kusyuknya solat.
Tapi bagaimana perasaan betul-betul kusyuk yang dimana perhatian tidak mampu diganggu oleh apa-apa.

A cakap kat B,
 “Awak tgk contoh diri kite, kite dulu lagi teruk dari awak, tapi Alhamdulillah sekarang kalau kita betul2 yakin dengan diri, kita mesti boleh, kita sama-sama berjaya ye?”
C dengar dan cakap kat D,
"See, see, ustajah bercakap~"
Bagaimana nak menasihati orang tanpa dilihat seperti riak, tunjuk bagus.


Dapat result exam 4 flat,
Orang tanya dapat berapa?
“Syukur biasa-biasa je,Alhamdulillah”
Tup-tup kantoi dorang tau 4 flat rupanya
"Menipu sangat ni kau biasa-biasa ape..."
Dan bagaimana nak humble tanpa dilihat dan difikir orang sedang menipu.

 “Harini I jalan-jalan guna kereta daddy I, shopping jam idaman I ada diamond lagi tau, syukur dengan rezeki yang ada”
“Alhamdulillah, rumah banglo I sempurna sudah pembinaannya hari ni”
Bila guna ayat ketuhanan, kiranya niat kita ni memang nak menunjuk pun tapi acah-acah terlepas title “riak takabbur” tu la. Kononnya. 

“Muslimah muslimah yang kat luar tu, kalau ye pun nak update benda baik, jangan sampai naik riak ye. #JustSaying #SelfRemainder “
Memang kena letak hashtag macam tu?  Baru nampak kita betul-betul ikhlas tak menunjuk or tuju pada sesiapa?

Trend memang bagus. Sangat bagus. Ia sangat menggalakkan semangat.
Tapi kita perlu tahu,
Banyaknya retweet tak semestinya menentukan alimnya kita.
Banyaknya like tak semestinya menunjukkan baiknya kita.
Banyaknya follower tak melambangkan besarnya kita.
Back to basic. Niat.



Betulkan niat.
Biar manusia sebarkan kebaikan walau apapun niat dia tentang penyebaran tu.
Kita serap yang baik, serap inputnya, bukan riaknya.

Biar manusia sebarkan kebaikan walau apapun niat dia tentang penyebaran tu.
Kita fikir positive, doakan yang terbaik.

Biar manusia sebarkan kebaikan walau apapun niat dia tentang penyebaran tu.
Dan yang paling penting,
Jangan buruk sangka pada orang.

Jangan risau,
Bilamana kisah silam hempap diri sekarang dan buat kita rasa bodoh sangat.
Tapi ingatlah, kalau takde yang dulu takkan ada yang sekarang.
Syukurlah.

Moga semua kebaikan yang kita jamah beri kesedaran pada diri.
Jangan cuma melihat orang lain berubah,
Make it real for your life too, no regret for sure :)





Wallahu’alam.







Surat Cinta Buat Mama

Assalamualaikum



Ni mak.
Muka dari dulu sampai sekarang maintain je muka
Macam ni la macam ni haa
Muka cari gaduh dengan camera
Mungkin dulu ikan bilis sekarang dah macam teddybear sikit2
Tetap comel

Norma binti Mat di i.c
Mak Cik Mah Tan nama di fb
Mah Tan dipanggil org kampong
anak2 panggil mak
 tp beliau bahasakan dirinya mama. (perasan sesorang haha)
 taken by Ismail bin Ishak yg lebih glamournya Tan.
Ada 3 anak yang dahulunya sorang segak, sorang comel dan sorang lg sumpah comel.
Si segak dah bagi cucu dan menantu pertama kat mak.
Mak bahasakan diri beliau granma
K yg tu tipu
Panggil opah la baru moden sikit dari tok hahahaha

Mak
Kalau dulunya nampak satu je potensi mak ni
Kuat bebel
Kuat bebel
Kuat bebel
Maintain bebeh
Until now
Dulu kini dan selamanya

Dulu
Dari fasa baru nak meningkat usia sendiri,
Rasa mak la yang annoying
Mak la yang tak boleh nak paham
Mak la yang tak supportive
Mak la yang tak boleh bagi apa yang aku nak
Mak la yang tak sporting langsung

Tapi sekarang,
Lama-lama sendiri sedar
Rupanya mak la yang banyak back-up
Rupanya annoying dia tu boleh tahan la penting walaupun selalu tak nak kalah je cakap even on call seminit dua
Rupanya makin lama mak makin osem sebab dah boleh jadi sorang mak dan sorang sahabat dalam satu masa
Rupanya sekarang mak makin dan sentiasa support aku
Rupanya walau mak tak boleh bagi sangat dalam segi kebendaan tapi mak maintain bagi doa dalam setiap tahajjud dia
Bagi sambal sotong pun maintain jugak
Lama-lama mak la telinga yang paling aku cari kalau nak bercakap itu ini
Rupanya

Mak
Masakan dia paling heaven pernah jumpa even dari masak rebus bodo-bodo tu je sampai la masak yang ala masterchef
Tak pernah lagi tak sedap lagi rasanya
Paling paling palinglah manusia yang penyabar
Paling palinglah manusia yang kuat semangat


Mak
Mungkin dulu aku selalu bagi mak serabut perut fikir perangai buas macam kucing hutan
InsyaAllah lepas ni takde dah dan mak makin bangga, gembira sejahtera punya anak bongsu yang comel cantik baik gemilang dan terbilang up lagi diri maya up lagi selagi mampu sampai semua muntah hijau baca entry kau



Mak
Mana nak cari mak yang redho je amik gambaq kena paksa buat gaya cakar rimau macam ni
Mana nak cariiiii, manaaaaaa
You made my day la time ni mak hahahaha 

Mak
Jangan risau
Kita tetap akan jadi partner gaduh sampai bila-bila haha peduli ape janji org menang hahahah

Mak
Moga makin sihat
Moga bertambah rezeki
Moga makin kuat semangat
Moga makin tenang
Moga panjang umur

Mak
Spisis manusia yang takkan boleh dicari ganti
Bak kata Neyo “you are one in the million”
okay hape quotes aku



Selamat Hari Ibu yang ke-26
We love you so soooo much!





Ini kisah fasa terasa nak jadi baik

Assalamualaikum,
Mohon baca entry dengan nada yang betul.
Nada lembut dan yakin. Ehem
Bismillah…

Agak-agak ada tak dalam dunia ni yang mengaku diri dia jahat?
Dengan rela hatinya mengaku “sebenarnya salah apa yang aku buat ni”,
 “aku tau yang salahnya aku ni, perangai aku” bla bla bla..

Ada.
Tapi celah gigi je.

Yang banyak mengaku selepas terkantoi ataupun dikantoikan sampai takde cara nak defense diri.

Ya.
Aku mengaku dulu itu semua fasa-fasa yang aku lalu sepanjang umur meningkat.  

Ada tak orang mengaku diri dia baik?
Hahahhahahahahahaha mestila ramai paling obvious sekali aku la sampai muntah hijau manusia2 hadap perangai ni. Kahkah

Cakap kat sini sapa je yang tak mengaku diri baik?
Pembunuh pun rasa diri dia baik.
Perompak
Pencuri
Penipu
Tukang tabor fitnah, dah jaja sana sini rasa tak bersalah langsung
Tabor tu rasa ejaan abah2 sgt
Tukang kayu
Doktor gigi
Doktor yg tolong pengguguran haram
Penzina, lepas buat zina dia rasa diri dia bagus gila haha
Ayah Pon (bukan nama sebenar) kalau dia tak fikir dia tu baik buat apa dia abiskan ribu-ribu bina markas semata untuk pengikut dia?
Semua ni rasa diri depa baguih.

Maya
Qama
Maya Tan
Kama Ismail
Imim
Buntat
Lanun
Yg ni sampai la ni dok kata dia baguih. Hmm Hmm

“Aku nak berubah”
“Aku bakal berubah”
“Aku tekad, kali ni aku berubah betul-betul, tak separuh jalan”

Semua orang pernah lalui fasa ni,
Aku panggil fasa terasa nak jadi baik.

Fasa yang sangat bagus sebab kat sinilah walau sejahat mana pun diri kita, seteruk mana pun diri kita, bila terdetik nak jadi baik, nak berubah ke arah kebaikan, sudah bermakna iman kita masih boleh diselamatkan. Oleh siapa? Jawapannya mudah ; diri sendiri.

Mudahnya berubah tapi yang jenuhnya bukan pada perubahan.
Tetapi pada istiqamah.

Berapa kali diri ni cuba berubah? Dan berapa kali diri ni kembali kearah jahiliyah? Orang rumah ckp panaih tu sat ja. Tepuk dada tanyalah sejarah diri.

Sebab jihad sebenar bermula bila kita nak istiqamah.
Ingat lagi ustaz tanya apa jihad paling besar?
Kita jawab jihad kat medan perang. Tepuk dahi tu satgi kot.
Jawapannya jihad melawan nafsu.

Hampa semua,
Nak tinggal benda yang jadi makanan kita, habit kita, gaya hidup kita untuk ubah ke satu fasa yang lebih baik, tak mudah. Sungguh.

Macam perokok tegar
Macam orang yang sangat suka minum kopi
Mudah tak nak suruh depa berhenti?
Tak mudah.
Sama konsepnya kat sini.

Perempuan nak jadi baik,
Contoh paling simple tp perlukan concern,
Dah terbiasa pos gambar2 kat fb, korang kena faham ada orang sangat2 sukakan benda tu sampai kalau tak dpat pos satu gambar sehari kat fb, insta, n mcm2 lgi laman social, dia rasa hidup tak sempurna.

Lelaki nak jadi baik,
Ada geng melepak campur laki prempuan, dah rapat macam family, tak la over social tapi gurau bertepuk-tampar, buat kerja tak masuk dek akal gila2 dulu sama-sama tak letak solat sebagai yg utama.

Nampak mudah je nak tinggal, tapi sebenarnya time ni lah yg menguji.
Kawan perli, sindir, bahan.
Yelah, lepak sama-sama dah lama mmg tau jenis solat tak solat, kalau solat pun cap celup je then tiba2 nampak perubahan
“dah baik dah dia sekarang,cayalah!!”
“alhamdulillahhhh uztazzzzzzz”
Ya, sekadar gurauan tapi perasaan si penerima tengah diuji hebat sekali.
Macam-macam rasa ada.
Rasa segan,
Rasa nak back to normal sbb kena bahan.
Itu belum lagi haters yang perasan dia tengah berubah.
Diuji pulak dengan kisah-kisah silam diungkit
Allahhu.

Cukuplah satu situasi sekadar contoh.
Sebenarnya, motivasi tu sangat penting.
Tak percaya?
Bila seorang yg solat keluar melepak dengan geng yang tak solat boleh mendorong dia kearah tak solat sebab dia seketul je minority kat situ takde sape geng ajak stop kejap then pegi solat *kes iman tak bape nk kuat la

Bila seorang yg tak jaga solat keluar melepak dengan geng yang jaga solat, boleh mendorong dia kearah solat. Sebab dah tentu bila masuk waktu solat, majoriti geng dia ajak stop dulu pegi solat, agak-agak dia seketul ja tak rasa malu nak kata taknak?

Kau cuba pegi dengar talk MLM, ala yang kena invest cari kaki sana sini tu. Masuk dewan kau menyumpah tak suka, keluar dewan kau berkobar-kobar nak invest. Jadi gedik dik dik ni nak pegi cari bank nak jadi ahli.

Sebab apa? Sebab motivasi.
Sama ada motivasi positif atau motivasi negatif.
We choose.

Wahai rakan,
Wahai teman,

Bijaklah memilih kawan. Cari kawan yang mampu mengingatkan kita kearah kebaikan.Cari kawan yang membantu kita dalam perubahan.

Wahai rakan,
Wahai teman.

Jika ada diantara kamu yang mahu berubah dan kamu masih tidak boleh menerima perubahan dia hingga timbul perasaan tak suka, benci, kau katalah dia, kau cercalah dia kau jajalah masa silam dia dengan perasaan busuk kau itu.
Namun, jangan cuba halang usaha dia.

Wahai rakan,
Wahai teman,

Mengertilah kamu bahawa setiap perubahan perlukan pengorbanan. Janganlah bersedih. Bersabar, tak mudah untuk teruskan bersabar dan sebab itulah ganjaran orang yang bersabar tu sangat besar.  Percaya pada Allah, satu hari nanti pengorbanan kamu akan terjawab, kesakitan kamu akan sembuh. Saat itu, tersenyumlah kita kerana kemanisan. Dari Dia.

Semoga awak, saya, mereka, dia, kita dan semua berjaya dalam istiqamah diri. 
InsyaAllah,Amin


Keep calm.
Because Allah is always with us.
Have a faith.
May Allah protect our iman.

Wallahu’alam,assalamualaikum w.b.t.
 

Template by Best Web Hosting