بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

بِسْـــــــــمِ اَللّهِ الرّحْمن الرّحيم

is reading :)

AKU YANG HINA CUBA MENJAWAB : ISTIDRAJ



Assalamualaikum. 

aku mulakan entry kali ni dengan bismillah..
ya, tiba-tiba tajuk kali ni bukan tentang hobi,minat n penghargaan utk sesiapa.

aku terasa nak update entry kali ni sebab baru-baru ni
ada yang bertanya kat aku 
"maya, istidraj tu macam mana? apa tu istidraj?"

honestly,aku terasa sentap hulu hati nak menjawab. sebab aku sedar aku salah 
sorang dalam golongan ini. tapi, timbul rasa tanggungjawab untuk terangkan dan berkongsi 
benda ni dengan semua.

untuk lebih yakin.aku buat sket research,kumpul dan coret di sini. aku cuba bagi explanation yg mudah untuk diterima otak dan link ke hati.  

ISTIDRAJ

istidraj merupakan kelebihan atau keistimewaan yang 
dianugerahkan oleh Allah SWT kepada umat manusia
dalam pelbagai bentuk seperti dikehendaki-Nya.

Bagaimanapun anugerah Allah itu bukan disebabkan Allah
menyayangi mereka tetapi lebih merupakan tanda
kebencian Allah terhadap golongan berkenaan.
Dengan kata lain,
Allah mahu mereka menjadi lebih sesat melalui
kelebihan itu dan akhirnya tergolong di kalangan
kaum yang tidak mendapat hidayah-Nya.
Contoh manusia istidraj ialah Firaun, Haman, Qarun,
mereka mati dalam keadaan yang amat hina.



bahasa mudah aku :


Istidraj ni yang kita dapat nikmati benda2 baik belako contohnya mcam dpt result ok, time2 lapaq ada orang belanja tetiba, time kita nak yang tu yang ni, takde masalah pon utk kita nak peroleh 
TAPI
 pada masa yang sama kita langsung tak pikir yg paling simple kena buat is semayang.kan? 
berat part semayang,
kita tengok part yg remeh and ringan.


bagi laki, tak sebanyak pempuan,
pakaian depa biasa tapi bila men sport mula buat contest lulut sapa paling menawan.
tu tak masuk lagi part bila melibatkan zina.
berzina? yg ehem2 tu? no.no.no.
part aku dan hampa yg bercouple. 
zina hati is rindu si dia,zina kaki is going to dating,zina tangan is taip msg jejiwang
laki aku no point sgt,


part pempuan bnyak la aku tau, jom bash diri sendiri tengokkk~~ 
 part yg remeh is kita free hair , 
ehhh..kita tak free hair, kita pakai tudung, tapi baju lengan pendek,
takk..kita pkai bju lengan panjang, tapi body shape gugurlzz,
baju kita longar laaa, tapi jeans ketat,
kita pakai semua longgar, tapi tudung slempang atas bebukit,
semua dah longgar, tudung style2 ok kan at least tutup dada,
yes dah okay tapi tudung tu jarang ~
ok ! kali ni smua complete ! longgar2, style2 but dah tutup dada n tak jarang :)
tapi 
kaki awak busuk,sebab tak pakai stokin..


*nampak kan itulah istidraj diri kita .^^*


ada 4 bahagian dalam istidraj boleh berlaku kpd org2 macam ni :
 1. seseorang yang menuntut ilmu hitam (sihir/ kedukunan/ ilmu batin/ ilmu sesat dan sebagainya)
2. kepada pemimpin.
3. daripada harta dan kekayaan.
4.  daripada kemajuan sains dan teknologi ciptaan manusia.


" Isjidraj ni berlaku tak kat KITA sendiri ? "


okay, contoh simple ;

aku ada kawan yg semayang tak tinggai sehari suntuk.
TAPI
bila final, aku yang tak semayang ni lagi hebat pointer dari dia ohhh.

(ok,ada yang terasa termasuk diri aku yang juga pernah tersasar dari landasan)

nak bahasa lagi sempoi? KLIK sini :)

back to basic : 

kita tutup litup. tapi tak semayang
puasa tapi tak semayang
USAHA PULUN YANG SUNAT TAPI YANG WAJIB TERBIAR
 sembahyang = sembah yang Satu


nak berubah?
so sejahat mana pon, fixed solat dulu 
then step by step change yang lain.
BUKAN
change yang lain
tapi solat tak change lagi.


malu nak berubah? sebab dulu perangai serupa hantu setan?
hantu setan pon tak macam aku..






malu nak berubah? nanti hangat2 tahi ayam?
kemonnnn, aku pon penah kena cop macam tu ok.
dicop belagak alim sbb pakai tudung labuh dulu.
dicop hipokrit setelah aku kembali ke tudung bawal.
so aku suggest,
sebelum MENGATA,klik sini ye ! melawat dulu mata tu.




hangat2 tahi ayam @ taik ayam.
pasai la orang nak mengata.
even sekejap je perubahan tu
at least kita ada niat dan berusaha untuk berubah kan?
yang mengata tu, belum tentu lagi ada niat macam kita yg dah berpuluh kali
nak berubah tapi tak istiqamah.
kan? 
*tepuk tangan pada diri sendiri sekarang ! bravo!


apa kata lepas ni kita try lagi, lagi dan lagi,
biar banyak kali hangat2 taik ayam tu pon,
yang penting NAWAITU tu bersama USAHA.



*mungkin lepas ni ada yang nak menganjeng aku bget bagos,
bget alim
bget ustazah pilihan gitu.
alah..pandangan berhasad dengki berhati bangkai mmg 
mengundang mulut puaka sebegitu. #simplethinking
*nah, amik ayat puaka aku.

entry kali ni aku refer to Islam dan berdasarkan
diri sendiri yang sentiasa tersasar dan juga human behavior yang lain 

aku cuma sharing pengetahuan islam. dan sama-sama kita muhasabah diri kita.
tak salah kan pk positif utk entry kali ni?
:)


wallahu'alam,
salah silap datang dari aku, yang baik datang dari Maha Pencipta.
HARAP ENTRY INI MEMBANTU.
baca jangan dok telek perangai orang lain,
TAPI
fikir dan nilai diri kita.
kau terasa? aku lagi terasa ~


 

Template by Best Web Hosting